12 projek. Yang bertanda Live boleh dibuka sekarang. Yang bertanda Klien dibina untuk klien, jadi nama mereka tidak disenaraikan.
WebLive
Palang IC
Tera air pada salinan MyKad, diproses sepenuhnya dalam browser.
Orang Malaysia hantar salinan IC ke merata tempat. Palang IC letak tera air di atas imej itu sebelum ia dihantar, dan pemprosesan berlaku dalam browser pengguna, jadi imej tidak pernah naik ke mana-mana server.
palangic.my →Next.jsCloudflare WorkersOpenNextClerk
WebLive
Malaysia Payment Gateway
Banding yuran 74 payment gateway Malaysia, setiap kadar berpunca rasmi.
Direktori perbandingan kos FPX, kad, e-wallet, DuitNow QR dan BNPL. Satu peraturan keras: setiap yuran mesti datang dari halaman harga rasmi penyedia dan bertarikh. Yang tiada kadar tersiar dilabel on request, bukan diteka. Ada JSON API percuma dan server MCP untuk agen AI.
malaysiapg.com.my →AstroCloudflare PagesJSON APIMCP
WebLive
RPH OUM
Guru pelatih bina Rancangan Pengajaran Harian ikut DSKP, siap untuk cetak.
Aliran penuh dari setup sekolah, jadual waktu, pilih slot, tarik Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran dari DSKP, sampai pratonton A4 dan cetak. Draf disimpan di peranti dan disegerak ke D1. Langganan dibayar melalui Curlec dan Xendit.
rphoum.my →Next.jsMantineCloudflare D1CurlecXendit
AutomasiKlien
AI Chatbot WhatsApp
Bot klinik yang jawab dari knowledge base, dan tahu bila kena berhenti.
Setiap klinik ada knowledge base sendiri yang disahkan doktor sebelum bot dihidupkan. Bila soalan luar skop, bot hantar satu ayat pendek, henti sendiri, dan alih perbualan kepada staf melalui alert Telegram. Dibina untuk klien agensi, jadi nama klinik tidak disenaraikan di sini.
WhatsApp Business APIKnowledge baseTelegram alertsStaff takeover
AutomasiKlien
Ejen Threads Hermes
Ejen di VPS yang karang dan hantar post Threads dari bahan sebenar klinik.
Satu folder setiap klien: transkrip, video, gambar, dan contoh post lama. Ejen menulis draf berpandukan bahan itu, bukan dari udara, kemudian hantar ke Threads melalui API Meta. Dicetus dari Telegram.
HermesVPSThreads APITelegram
WebLive
Roda Giveaway
Roda cabutan yang tarik komen Threads secara langsung semasa siaran.
Peserta komen di Threads, komen ditarik melalui API Meta dan masuk ke roda secara langsung. Keadaan roda dikongsi antara penonton menggunakan Durable Objects, jadi semua orang nampak putaran yang sama.
roda-giveaway.pages.dev →Svelte 5Cloudflare WorkersDurable ObjectsD1Threads API
PermainanLive
KIHTAS
Permainan Jawi untuk murid KAFA darjah satu, satu fail, tiada pemasangan.
Murid pusing kincir, buka lapan sampul surat, dan setiap sampul ada tiga fasa: mengeja perkataan Jawi, kenal pasti huruf yang tidak boleh bersambung, dan pilih ejaan bersambung yang betul. Peraturan dan senarai perkataan disahkan guru KAFA, ejaan disemak melalui PRPM DBP.
kihtas.vercel.app →HTMLCSSJavaScriptNo dependencies
WebLive
Keturunan.my
Salasilah keluarga digital yang boleh dikongsi dan disunting bersama.
Bina pohon keluarga, jemput ahli keluarga lain melalui pautan jemputan, dan kongsi pautan awam untuk cabang tertentu. Data dan gambar disimpan di Firebase.
keturunan.my →React 19ViteFirebase AuthFirestore
WebSiap
Sistem Pengurusan Pelajar
Rekod pelajar, kelas dan kehadiran untuk sekolah, dwibahasa.
Panel pentadbir untuk daftar pelajar, susun kelas dan rekod kehadiran, dengan log masuk berperanan dan antara muka Bahasa Melayu serta Inggeris. Dijalankan di Cloudflare Workers melalui OpenNext.
Next.jsCloudflare WorkersOpenNexti18n
WebSiap
Editor Kad Raya
Letak bingkai raya atas gambar sendiri, terus dari telefon.
Pengguna pilih bingkai, muat naik gambar, laraskan kedudukan, dan muat turun hasilnya. Aset bingkai dihantar melalui Cloudinary supaya bandwidth hos kekal rendah waktu puncak raya.
Next.jsCanvasCloudinary
LandingSiap
Callipray
Landing page produk, satu halaman, fokus pada satu tindakan.
Halaman pengenalan produk yang dibina untuk satu matlamat sahaja: buat pelawat faham produk dan tekan butang. Struktur ringkas, tiada muka surat dalaman.
HTMLCSSJavaScript
LandingSiap
Pondok Model Nusantara Al-Isyraq
Tapak madrasah: profil, akademik, pembangunan dan hubungi.
Tapak lima halaman untuk sebuah madrasah di Kuala Selangor. Profil dan pentadbiran, akademik dan tarbiah, pembangunan dan infak, serta media dan hubungi. Kandungan disusun supaya wali murid jumpa apa yang mereka cari tanpa menu berlapis.
StaticCustom theme
Tiada projek dalam kategori ini.